Fahmi Fadzil

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan berusaha untuk mengurangkan kadar defisit negara kepada 4.3 peratus pada tahun ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kadar defisit fiskal telah diturunkan kepada 5.0 peratus pada tahun 2023 berbanding 5.6 peratus tahun sebelumnya.

Menurut beliau, Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 3.0 peratus pada suku keempat tahun lalu dalam persekitaran ekonomi mencabar.

Jelasnya, kerajaan memberi kepada tiga keutamaan dalam mengukuhkan ekonomi negara iaitu pelaburan, peluang pekerjaan dan kawalan harga barang.

“Kalau lihat pada ketiga-tiga asas ini, insya-Allah kita di landasan ekonomi yang tepat,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Pada masa sama, kadar pengangguran dan inflasi semakin menurun.

Manakala pelaburan langsung asing (FDI) meningkat, ujar beliau. – MalaysiaGazette