Gambar hiasan

MELAKA – Seorang pengayuh beca cedera selepas terselamat dalam kejadian cubaan membahayakan dirinya di kawasan Bangunan Stadthuys di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu oleh orang awam kira-kira pukul 11 pagi.

“Lelaki berusia 59 tahun itu dipercayai mengelar pergelangan tangannya di bulatan di hadapan Bangunan Stadthuys namun sempat diselamatkan rakan sekerjanya.

“Punca kejadian dipercayai akibat masalah hutang sebelum pengayuh beca yang berlumuran darah itu dikejarkan ke Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Christopher, lelaki itu kini sedang mendapatkan rawatan Zon Kuning hospital yang sama.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette