Dr Sathia Prakash bersama anak-anak terpilih yang menerima sumbangan peralatan sekolah sebagai persiapan sesi persekolahan 2024/25 awal Mac ini.

RAWANG – Dengan hanya berbaki lebih dua minggu sahaja lagi untuk sesi baharu persekolahan tahun 2024/2025 – seramai 50 kanak-kanak di Hulu Selangor ceria apabila menerima sumbangan peralatan sekolah baru-baru ini.

Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan berkata, kesemua kanak-kanak itu berusia lingkungan tujuh hingga 13 tahun menerima bantuan itu dalam Program Serahan Back To School yang diadakan dengan kerjasama Gereja Church St Jude di Rawang hujung minggu lalu.

“Antara bantuan persekolahan yang disumbangkan adalah beg galas, set alat menulis dan sedikit sumbangan khas bagi anak-anak yang hadir dalam program tersebut sebagai meringankan beban ibu bapa mereka.

“Kesemua penerima kanak-kanak itu datang dari golongan keluarga yang kurang berkemampuan iaitu B40 dan ini tahun ketiga kita menghulurkan sumbangan ini demi mengurangkan beban mereka,” katanya hari ini.

Tambah Dr Sathia, adalah menjadi komitmen setiap pemimpin untuk mendampingi masyarakat yang memerlukan menerusi program kebajikan agar mereka gembira dan tidak rasa tersisih dari arus pembangunan negara terutama pendidikan anak-anak mereka.

“Saya yakin dan optimis pemberian ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat baru buat mereka semua untuk kembali ke sekolah dengan azam demi mengejar cita-cita mereka untuk mencapai kejayaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast