Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan badan bukan kerajaan (NGO) untuk merayu keputusan isu penggunaan bahasa Tamil dan Mandarin sebagai bahasa pengantar untuk pengajaran di sekolah berkenaan adalah berperlembagaan.

Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA) gagal meyakinkan mahkamah untuk menggunakan budi bicara bagi memberikan kebenaran kepada mereka dan mendengar rayuan berhubung suatu persoalan undang-undang yang telah diubah.

Ketika membcakan keputusan majoriti 2-1 tiga panel hakim diketuai oleh Datuk Mary Lim Thiam Suan bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang menolak permohonan itu.

Manakala Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memberikan keputusan berbeza yang mana berpandangan merit kes itu wajar didengari.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan dengan alasan sekolah jenis kebangsaan atau sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam.

Oleh itu penggunaan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar untuk pengajaran di sekolah berkenaan tidak dilarang pada 23 November lepas.

Pada Disember 2021 pula, Mahkamah Tinggi menolak saman NGO berkenaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast