SANAA – Dua peluru berpandu membedil sebuah kapal di perairan Yaman dan menyebabkan kebakaran, satu lagi serangan oleh kumpulan Houthi.

Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UK) berkata, kapal itu berada di Teluk Aden ketika ia diserang dan pasukan pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) telah bertindak balas.

Sebuah firma keselamatan maritim mengenal pasti ia sebagai kapal kargo menggunakan bendera Palau.

Tiada tuntutan daripada Houthi, tetapi kapal perdagangan telah menjadi sasaran di wilayah itu sejak November.

Houthi, yang disokong oleh Iran dan menguasai sebahagian besar wilayah barat laut Yaman berkata, serangan mereka menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perang antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza.

Kapal yang disasarkan dikaitkan dengan Israel, AS atau UK.

Firma keselamatan maritim Ambrey berkata, kapal itu menyerang kira-kira 70 batu nautika (130km) tenggara bandar Aden di Yaman pada pagi Khamis adalah milik British, tetapi pemilik berdaftar memberitahu ia tidak terlibat dengan kapal itu.

Transponder AIS kapal memaklunkan kru Syria berada di atas kapal, tetapi ia kelihatan menuju ke arah Laut Merah dari Thailand.

Dalam perkembangan lain pada Khamis, tentera Israel berkata, sistem pertahanan udaranya telah berjaya memintas “pelancaran yang dikenal pasti di kawasan Laut Merah dan sedang menuju ke Israel.

Sebelum ini, tentera AS berkata, pihaknya telah melakukan empat serangan “pertahanan diri” terhadap tujuh peluru berpandu pelayaran mudah alih dan satu pelancar peluru berpandu balistik mudah alih di kawasan kawalan Houthi yang bersedia untuk melancarkan ke arah Laut Merah pada hari Rabu.

Mereka juga menembak jatuh sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) serangan sehala, atau dron, tambahnya. – Agensi