Bot bersama enam kru ditahan Maritim Malaysia Selangor.

KUALA LUMPUR – Sebuah bot nelayan tempatan kelas C di perairan Selangor, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor, Kapten Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot nelayan itu ditahan oleh KM DANGA ketika melakukan rondaan rutin OP EHSAN, OP MURNI dan OP TIRIS 3.0 di 13.2 batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh enam kru termasuk tekong warga Myanmar berusia antara 26 hingga 45 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot bersama kru dibawa ke jeti Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu mmenggunakan warga asing dan menjalankan aktiviti memukat di zon larangan iaitu di bawah 15 batu nautika dari pantai.

Aktiviti perikanan kurang 15 batu nautika dari pantai oleh bot kelas C boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem serta menganggu mata pencarian nelayan tradisional yang bergantung hidup di kawasan tersebut. – MalaysiaGazette