KUALA LUMPUR – Hutang berkaitan jual beli aksesori wanita menjadi punca pergaduhan melibatkan lima lelaki dan perempuan warga tempatan yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian itu berlaku pada 16 Februari lalu, lebih kurang 6 petang di kawasan perumahan Taman Saujana Klang.

Menurutnya, ketika kejadian, pemilik kedai aksesori tersebut telah ke rumah individu yang berhutang untuk meminta bayaran namun pergaduhan semakin buruk apabila ahli keluarganya turut campur tangan tanpa mengetahui perkara sebenar.

Pergaduhan itu selesai selepas pemilik kedai menerangkan situasi sebenar kepada ahli keluarga individu tersebut dan hutang yang perlu dibayar telah dijelaskan.

Tetapi, salah seorang ahli keluarga yang berada di di tempat kejadian ketika itu telah memuat naik secara Live dalam akaun Facebook dan kemudian tular di platform lain.

Ekoran itu, pihak pemilik kedai dan keluarga tersebut membuat laporan polis dan keterangan semua indvidu terlibat dalam video telah diambil.

Kedua-dua pihak juga bersetuju menyelesaikan masalah dengan baik tanpa tindakan undang-undang, kata Cha sambil memohon agar orang awam tidak menyebarkan video berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast