Hairi bersama atlet Johor yang berjaya menerima anugerah di Majlis Anugerah Sukan Johor Ke-30 yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centee malam tadi.

 

JOHOR BAHRU – Atlet sukan berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom sekali lagi dinobatkan sebagai Olahragawan Negeri Johor 2023.

Beliau pernah menerima gelaran itu pada tahun 2019.

Pemilihan jaguh sukan berbasikal itu berdasarkan rekod pencapaian terbaiknya dalam arena sukan berbasikal di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Sementara itu, Nurul Syasya Nadiah Arifin yang memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA 2022 menembak dinobatkan sebagai Olahragawati Negeri Johor 2023.

Kedua-dua atlet berkenaan membawa pulang trofi dan wang tunai RM7,000.

Anugerah disampaikan  Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

Hairi dalam ucapannya berkata, pencapaian calon-calon Anugerah Sukan Johor ke-30 dinilai berdasarkan prestasi cemerlang yang telah mereka raih pada tahun 2021 dan 2022. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast