Pengurus Besar Pemasaran dan Acara MalaysiaGazette, Chloe Siao Hui Boon menerima anugerah portal berita paling cemerlang 2023 pada Anugerah Malaysia Fashion Modeling dan Pagent Award (MFMPA) di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 29 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – MalaysiaGazette merupakan antara lapan agensi media Most Outstanding News Portal of the Year 2023 yang menerima penghargaan pada majlis Anugerah Persatuan Fesyen, Pemodelan dan Pageant Malaysia (MFMPA) malam ini.

Majlis anugerah yang dianjurkan oleh MFMPA buat kali keempat itu berlangsung gilang gemilang di ibu negara.

Turut hadir ketika majlis, Presiden persatuan tersebut, Dr Jason Hee.

Ketika menyampaikan ucapannya, Jason menyifatkan media mampu mempengaruh masyarakat terhadap pelbagai perkara termasuk kepada industri fesyen dan permodelan dalam negara sehingga pelancongan.

“Tahun ini, kita juga libatkan industri media yang turut memainkan peranan penting dalam promosikan budaya dan pelancongan.

“Media kita boleh pengaruh seluruh dunia dengan menunjukkan apa yang terbaik dalam Malaysia. Tahun ini, kita juga libatkan industri media yang turut memainkan peranan penting dalam promosikan budaya dan pelancongan.

“Media kita boleh pengaruh seluruh dunia dengan menunjukkan apa yang terbaik dalam Malaysia,” katanya.

Terdahulu, antara agensi media yang turut menerima anugerah Most Oustanding News Portal of the Year 2023 adalah Astro Awani; Bernama; Batik Air; Utusan; Radio Televisyen Malaysia (RTM); Pioneer travel Writer, Datuk Azlie Halim dan Positive Energy Advocate, Datuk Joyce Ye Shimin.

Penerima anugerah bergambar pada Anugerah Malaysia Fashion Modeling dan Pagent Award (MFMPA) di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 29 FEBRUARI 2024.

Selain itu anugerah MFMPA malam ini turut memberi 60 anugerah kepada calon-calon yang telah menyumbang kepada industri pereka fesyen dan model tempatan, pertandingan, pengurusan acara, mekap, dandanan rambut dan banyak lagi.

Pengurus Besar Pemasaran & Acara MalaysiaGazette, Chloe H.B. Siao yang menerima anugerah untuk agensi portal berkenaan menyifatkan penghargaan yang diberikan MFMPA pada malam ini sebagai pembakar semangat untuk seluruh warga MalaysiaGazette untuk menerbitkan berita dan artikel yang pelbagai.

“Anugerah ini hasil kerja seluruh warga MalaysiaGazette. Dengan penghargaan ini saya harap MalaysiaGazette dapat menghasilkan berita yang berkualiti dan boleh menjadi peneraju rujukan berita dalam negara,” katanya.

Anugerah MFMPA diadakan demi mengiktiraf penyumbang berpotensi, semasa dan terdahulu dalam industri fesyen, pemodelan, pertandingan ratu cantik dan industri berkaitan di Malaysia. – MalaysiaGazette