Persekutuan Pengakap Malaysia dan International Union of Muslim Scouts memeterai kerjasama untuk menjayakan Jambori Pengakap Malaysia ke-14 pada September ini di Selangor. Foto: Unit Komunikasi Korporat PPM.

KUALA LUMPUR – Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan International Union of Muslim Scout (IUMS) bagi menjalin kerjasama untuk penganjuran Jambori Pengakap Malaysia Ke-14 dan 8th IUMS Peace Camp.

Menurut kenyataan PPM, kedua-dua acara itu dijadualkan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor pada 14 hingga 20 September depan.

“Dalam majlis yang sama, para hadirin telah diperdengarkan lagu rasmi jambori yang digubah oleh komposer yang juga ahli pengakap, iaitu Mohd. Shahirin bin Mahmood,’ katanya.

Pada majlis tersebut PPM turut melancarkan logo rasmi untuk Jambori Pengakap Malaysia Ke-14.

Persekutuan Pengakap Malaysia dan INternational Union of Muslim Scouts memeterai kerjasama untuk menjayakan Jambori Pengakap Malaysia ke-14 pada September ini di Selangor.ihsan foto: Unit Komunikasi Korporat PPM

Menurut PPM, seramai 10,000 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli pengakap di seluruh negara akan mengambil bahagian dan memeriahkan jambori berkenaan.

Katanya, daripada jumlah itu, 2,000 peserta adalah dari rantau Asia Pasifik, 1,000 peserta dari negara-negara anggota IUMS dan 7,000 peserta dari dalam negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast