Asap berkepul dari bas Rapid KL yang terbakar berhampiran hentian bas komersial Taman Seputeh.

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh orang penumpang dan pemandu bas selamat dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah bas Rapid KL terbakar berhampiran hentian komersial Taman Seputeh.

Kebakaran tersebut berlaku sekitar jam 8 pagi tadi apabila pemandu bas mengesan kepulan asap dari bahagian belakang bas dan segera menurunkan penumpang.

Pihak bomba telah tiba di lokasi kejadian pada jam 8.16 pagi dan berjaya memadamkan kebakaran.

“Siasatan masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu,” jelas Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus).

Rapid Bus turut memohon maaf kepada penumpang yang terjejas dan akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak bomba dan polis bagi menjalankan siasatan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast