GENEVA – Kanak-kanak yang berada di utara Gaza dengan berdepan dengan mati kebuluran.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, situasi itu berdasarkan lawatan agensi itu pada hujung minggu ke hospital Al-Awda dan Kamal Adwan adalah yang pertama sejak awal Oktober.
Dalam catatan di media sosialnya, Tedros menulis: “Kekurangan makanan mengakibatkan kematian 10 kanak-kanak dan “paras kekurangan zat makanan di sana cukup menyedihkan”.
Manakala bangunan hospital pula telah musnah.
Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan pada hari Ahad sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak telah meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi di Hospital Kamal Adwan.
Seorang kanak-kanak ke-16 meninggal dunia pada Ahad di sebuah hospital di bandar selatan Rafah, lapor agensi berita rasmi Palestin, Wafa pada Isnin.
Dr Tedros melaporkan “paras kekurangan zat makanan yang teruk, kanak-kanak mati kelaparan, kekurangan bahan api yang serius, bekalan makanan dan perubatan, bangunan hospital musnah” di utara Gaza, yang mana dianggarkan 300,000 orang penduduk menghadapi bekalan makanan dan air yang terhad.
“Kekurangan makanan mengakibatkan kematian 10 kanak-kanak,” tulisnya di X.
Lawatan itu adalah yang pertama WHO dalam beberapa bulan “walaupun usaha kami untuk mendapatkan akses yang lebih kerap ke utara Gaza”, tulisnya.
“Keadaan di Hospital Al-Awda amat mengerikan kerana salah satu bangunan musnah,” tambahnya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran minggu lalu kebuluran di Gaza “hampir tidak dapat dielakkan”.
Seorang pegawai kanan bantuan PBB memberi amaran sekurang-kurangnya 576,000 orang di seluruh Semenanjung Gaza – satu perempat daripada penduduk – menghadapi tahap bencana kebuluran makanan dan satu daripada enam kanak-kanak di bawah umur dua tahun di utara mengalami kekurangan zat makanan akut.
Dua pengarah Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)
berkata: “Kematian kanak-kanak , kerana kekurangan zat makanan di Semenanjung Gaza”.
“Kematian tragis dan ngeri ini adalah buatan manusia, boleh diramal dan boleh dicegah sepenuhnya,” kata Adele Khodr dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tentera Israel melancarkan kempen udara dan darat berskala besar selepas Hamas menyerang rejim itu pada 7 Oktober 2023.
Setakat ini, lebih 30,500 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh di Gaza. – Agensi