Pemain Liverpool bersorak selepas berjaya menjaringkan gol pada perlawanan menentang Sparta Prague, awal pagi tadi. Gambar: Agensi

LONDON – Liverpool seolah-olah sudah berada sebelah kaki di suku akhir Liga Europa setelah mudah menewaskan Sparta Prague 5-1 di tempat lawan awal pagi tadi.

Kemenangan itu melonjakkan lagi semangat Liverpool menjelang pertemuan penting dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris bertemu Manchester City di Anfield pada Ahad ini.

Pemain Argentina, Alexis Mac Allister membuka jaringan menerusi sepakan penalti setelah dia dijatuhkan pada minit keenam.

Darwin Nunez kemudian menyumbat dua gol untuk skuad kendalian Jurgen Klopp menamatkan babak pertama selesa di depan 3-0.

Tuan rumah selaku penyandang juara liga Republik Czech merapatkan jaringan menerusi gol sendiri pertahanan Liverpool, Conor Bradley tidak sampai seminit sebaik babak kedua bersambung.

Luis Diaz bagaimanapun menjadikan kedudukan 4-1 pada minit ke-53 untuk merencarkan semangat juang Sparta Prague.

Dominik Szoboszlai menambah derita tuan rumah menerusi gol kelima pada masa kecederaan.

Tambah menceriakan buat Liverpool, Mohamed Salah kembali ke dalam skuad sebagai pemain gantian pada babak kedua selepas tersisih beberapa perlawanan akibat kecederaan.

Malah bintang Mesir itu menemui jaringan enam minit sebelum tamat tetapi golnya dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast