KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat dengan 6.0 magnitud melanda selatan Laut Maluku, Indonesia jam 2.56 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi berkata, gempa itu pada kedalaman 79 kilometer dan lokasi kejadian terletak pada jarak 174 kilometer selatan dari Tomohan.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette