Razarudin merasmikan Majlis Penerimaaan Rasmi Polis Strike Craft Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Pasukan Polis Marin di Hotel Berjaya Waterfront hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak dakwaan mengatakan Malaysia sebagai lokasi pengeksport dadah.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain tidak menafikan Malaysia sering  dijadikan antara lokasi transit pengedaran dadah.

“KIta (negara) memang, semenangnya jika dilihat dijadikan hab dan atau transit bagi sindiket pengedaran dadah selepas dibawa masuk dari kawasan segi tiga emas di lur negara sebelum diseludup masuk antaranya ke Perlis, Johor dan Selangor.

“Hasil siasatan kita (polis) juga ada sebahagian pengedar dadah ini mengedarkan dadah ke negara-negara luar seperti ke Australia, New Zealand dan Korea.

“Perkara Ini saya mengaku yang mana berlaku perkara yang saya katakan negara kita ini menjadi hab atau transit dadah tetapi seolah-olah kita produce (eksport dadah) no way,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penerimaaan Rasmi Polis Strike Craft Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Pasukan Polis Marin di Hotel Berjaya Waterfront hari ini.

Razarudin mengulas perkara itu ketika ditanya adakah  Malaysia menjadi negara yang mengksport dadah.

Katanya, berdasarkan serbuan dilakukan pihak polis tahun lalu hanya 20 makmal memproses dadah dibongkar.

“Jika dilihat kapasiti atau kemampuan pengeluaran bahan terlarang itu tidak mampu untuk dieksport. Jika dilihat makmal-makmal dadah yang ada adalah kecil termasuk tiada dadah khusus yang dihasilkan di negara ini.

“Di negara kita ini hanyalah dadah seperti syabu, yaba, ganja dan heroin yang dibawa masuk dan dadah-dadah ini semua menjadi pilihan penagih tempatan,” katanya.- MalaysiaGazette