KUALA LUMPUR – Pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat 0.9 peratus manakala gas asli pulih semula kepada 4.7 peratus pada suku keempat 2023.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat dari tahun ke tahun kepada 49.1 juta tong pada suku keempat 2023 (ST3 2023: 0.3%; 45.9 juta tong).
Kenaikan ini disokong oleh lonjakan 23.8 peratus dalam kondensat selepas mencatatkan pertumbuhan sebanyak 16.2 peratus pada suku sebelumnya.
Dari segi komposisi, minyak mentah menyumbang yang tertinggi iaitu pada 70.4 peratus atau bersamaan dengan 34.6 juta tong, manakala kondensat merangkumi 29.6 peratus atau 14.5 juta tong.
Sementara itu, gas asli pulih semula kepada 4.7 peratus daripada negatif 2.1 peratus pada suku sebelumnya, merekodkan nilai pengeluaran sebanyak 774.2 bilion kaki padu pada suku ini berbanding suku sebelumnya, pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat 7.0 peratus (Q3 2023: 0.9%), disokong oleh kondensat pada 13.3 peratus (Q3 2023: 2.9%) dan gas asli sebanyak 14.2 peratus (Q3 2023: 0.2%).
Harga minyak mentah dan kondensat pada suku keempat 2023 menurun pada Harga Purata “Lifting” Berpemberat (WALP) bagi minyak mentah dan kondensat kepada AS$88.5 per tong.
Sementara itu, harga per tong WTI dan Brent masing-masing mencatatkan AS$78.4 (ST3 2023: AS82.3; ST4 2022: AS$82.8) dan AS$83.7 (ST3 2023: AS$86.7; ST4 2022: AS$88.6).
Mohd Uzir berkata, nilai eksport petroleum mentah dan kondensat meningkat kepada RM9.3 bilion pada suku keempat 2023 (ST3 2023: RM7.8 bilion).
Thailand merupakan destinasi eksport utama dengan nilai sebanyak dengan RM2.5 bilion (26.3%), diikuti Australia (17.7%) dan Brunei Darussalam (16.3%).
Sementara itu, nilai eksport keluaran petroleum bertapis berjumlah RM33.7 bilion (ST3 2023: RM31.0 bilion) dengan RM7.8 bilion atau 23.2 peratus dieksport ke Singapura, diikuti Indonesia (15.0%) dan Australia (12.8%).
Nilai eksport LNG mencapai RM16.6 bilion pada suku ini (ST3 2023: RM12.5 bilion) dengan RM6.9 bilion (43.1%) dieksport ke Jepun, diikuti
oleh China (25.9%) dan Korea (22.4%).
Prestasi keseluruhan pada tahun 2023, pengeluaran minyak mentah dan kondensat menyusut sedikit 0.1 peratus dengan jumlah keseluruhan sebanyak 188.8 juta tong (2022: -3.3%; 189.1 juta tong) dipengaruhi oleh penyusutan 6.1 peratus dalam minyak mentah, yang telah menunjukkan trend penurunan sejak 2017.
Sebaliknya, pengeluaran kondensat meningkat pada kadar yang lebih laju iaitu 19.5 peratus, sekali gus mengimbangi penurunan pengeluaran minyak mentah pada tahun tersebut.
Dari segi komposisi, minyak mentah merangkumi 72.0 peratus atau 136.0 juta tong, manakala 28.0 peratus disumbangkan oleh Kondensat dengan nilai pengeluaran sebanyak 52.8 juta tong.
Sementara itu, pengeluaran Gas asli turun marginal kepada negatif 0.03 peratus dengan nilai sebanyak 2,862.0 bilion kaki padu pada tahun 2023 (2022: 5.9%; 2,862.9 bilion kaki padu). – MalaysiaGazette