Ketua Pemuda UMNO, Akmal.

NIBONG TEBAL – Pergerakan Pemuda UMNO akan membawa usul meningkatkan hukuman terhadap individu yang menghina agama kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk dibawa ke Parlimen.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh berkata, hukuman berkaitan penghinaan agama itu perlu lebih berat supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak bermain dengan isu sensitif yang boleh melukakan hati serta menggugat ketenteraman kaum.

“Ketika ini siasatan berhubung isu hina agama disiasat dibawah Seskyen 298 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minima dua tahun dan maksimum penjara lima tahun.

“Dalam tempoh terdekat, saya akan cadangkan kepada MKT supaya dapat minta Ahli Parlimen kita bawa usul untuk mengetatkan dan beratkan lagi hukuman kerana hukuman penjara (sedia ada) tidak cukup.

“Mungkin ia boleh ditambah dengan hukuman sebat selain penjara atau denda supaya boleh bagi pengajaran kepada mana-mana pihak jangan bermain dengan isu sensitif dalam negara kita,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di pekarangan Masjid Jamek Al Amin Simpang Tiga di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast