Rizab Persekutuan Amerika Syarikat

WASHINGTON – Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah 5.25 hingga 5.5% walaupun inflasi mungkin kekal tinggi.

Kali terakhir bank itu membuat kenaikan kadar 25 mata asas pada 26 Julai, tahap tertinggi dalam tempoh 23 tahun.

Sejak Mac 2022, Fed telah menaikkan kadar faedah jangka pendek daripada hampir sifar kepada paras tertinggi 23 tahun sebanyak 5.25% kepada 5.5% untuk ‘menjinakkan’ inflasi.

Bank pusat itu menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas dari Mac 2022 hingga Julai 2023 dalam 11 mesyuarat untuk ‘menjinakkan’ inflasi yang meningkat kepada paras tertinggi dalam lebih 40 tahun.

Selepas melonjak kepada 9.1% pada Jun lalu, inflasi tahunan menurun kepada 3.2% pada bulan Februari.

Keputusan pengekalan kadar faedah ini diputuskan sebulat suara oleh 12 anggota Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

Dengan pengekalan ini bermakna rakyat Amerika akan terus membayar kos pinjaman yang lebih tinggi buat masa ini ketika Fed berjuang untuk memperlahankan kenaikan harga yang mendadak.

Dalam kenyatannya, Fed berkata, dalam keadaan sekarang pihaknya tidak menjangkakan sesuai untuk mengurangkan julat sehingga ia mendapat keyakinan yang lebih tinggi bahawa inflasi (kini hampir 3%) bergerak secara mampan ke arah 2.0%.”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast