Gambar media sosial.

BIDOR – Sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart di Bidor dilempar molotov cocktail kira-kira jam 5 pagi hari ini.

Memetik laporan China Press, molotov cocktail atau bom petrol itu dilempar oleh individu tidak dikenali ke arah premis berkenaan.

Bagaimanapun, katanya bom petrol tersebut jatuh di kawasan lapang di hadapan kedai serbaneka tersebut dan tidak meletup.

Pekerja KK Mart yang menyedari kejadian berkenaan bertindak pantas dengan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.

Difahamkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat serangan itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi memaklumkan akan memberi kenyataan dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast