KUALA LUMPUR – Malaysia gagal dalam misi menebus kekalahan kepada Oman apabila tewas 0-2 pada perlawanan keempat Kumpulan D Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalal, malam tadi.

Skuad kendalian Kim Pan Gon masih belum mampu menandingi kehebbatan pasukan ranking ke-80 dunia dati Asia Barat itu.

Skuad Harimau Malaya nyaris mengejutkan lawan seawal minit kedua menerusi Arif Aiman Hanapi namun rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol, Oman Ibrahim Al-Mukhaini.

Namun selepas itu Oman mula mengatur gerakan dengan mencipta beberapa peluang.

Namun, pintu gol Malaysia bolos pada minit-minit terakhir babak pertama apabila penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menerjah pemain Oman, Muhsen Saleh Al Ghassani di dalam kotak penalti.

Omar Al-Maliki dengan mudah menewaskan Ahmad Syihan yang dilayangkan kad kuning sebelum itu.

Pan Gon membuat dua pertukaran pada babak kedua dengan mengeluarkan pemain tengah, Syamer Kutty serta Darren Lok dan menggantikannya dengan Endrick Dos Santos dan Brandan Gan.

Malaysia mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan namun rembatan Corbin Ong dari luar kotak penalti melantun tinggi melepasi gawang.

Malaya berjaya mengubah mengubah rentak permainan menjadi lebih positif dalam usaha memburu gol penyamaan namun hantaran kurang tepat membantutkan usaha mencari gol penyamaan.

Malaysia dirunduung malang apabila Oman memastikan mambawa pulang tiga mata dengan menjaringka gol kedua pada masa kecederaan menerusi Mohammed Mubarak yang menerima hantaran daripada  Abdullah Fawaz. – MalaysiaGazette