KUALA LUMPUR – Dua pelajar Malaysia di New Zealand maut  dalam kemalangan jalan raya di Lake Tekapo hari ini.

Manakala tiga lagi mangsa telah diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands, New Zealand untuk mendapatkan rawatan segera.

Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand mengesahkan insiden yang berlaku pada jam 1.45 tengah hari waktu tempatan.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch, sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar.

“Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini sambil merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung terus dengan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di butiran seperti di bawah:
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand
Alamat : 10 Washington Avenue Brooklyn, PO Box 9422 Wellington
No. Telefon : +64-4-3852439 / +64-210440188 (kecemasan)
Emel : [email protected]

– MalaysiaGazette