SHAH ALAM – Seramai 100 penghantar makanan sekitar Lembah Klang menerima sumbangan peribadi daripada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menerusi Iftar Jamaie “Food Rider” yang diadakan hari ini.

Anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu berkata, program berkenaan hasil cetusan ideanya yang ingin membantu kumpulan penghantar makanan dalam bulan Ramadan ini.

Katanya, dalam masa yang sama program sedemikian dapat memeriahkan lagi kawasan tersebut.

“Sebenarnya majlis iftar ini satu cetusan idea tiba-tiba dengan penganjur nak bagi orang gembira dan kawasan ini lebih meriah,” katanya ketika ditemui di SACC Walk, di sini, hari ini.

Menurut beliau, sumbangan yang diberikan hari ini secara peribadi daripadanya dalam bentuk bakul makanan manakala Al-Faruq pula menyumbangkan kurta yang boleh dipakai ketika Aidilfitri tidak lama lagi.

Sementara itu, Nurulhidayah mengajak pelbagai pihak untuk sama-sama bersedekat di bulan yang mulia ini dengan menumpukan golongan yang kurang berkemampuan.

“Sebenarnya kita memasuki 21 Ramadan fasa terakhir saya mengajak semua orang, sahabat saya beri sumbangan untuk penghantar makanan.

“Besarnya pahala pecutan terakhir, jadi ini adalah satu galakan juga bersama sama bersedekah,” katanya.

Ketika majlis, beliau sempat beramah mesra dengan peniaga-peniaga di SACC Walk sebelum dan selepas berbuka.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast