Gambar hiasan

TAIPEI – Satu gempa bumi dengan magnitud 5.4 melanda perairan Daerah Hualien di Timur Taiwan, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA) seperti dilaporkan Central News Agency (CNA).

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini.

Pusat gempa kali ini dikesan di Lautan Pasifik, 40.2 kilometer (km) timur- timur laut Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 16.9 km, menurut CWA.

Kekuatan gempa bumi itu yang mengukur kesan sebenar peristiwa seismik adalah tertinggi di Daerah Hualien dan Yilan yang berukuran 4 pada skala kekuatan 7 tahap Taiwan.

Ia juga amat dirasai di Taipei dan New Taipei.

Secara keseluruhan data CWA menunjukkan pada Ahad pukul 7.22 malam, berlaku 710  gegar penghujung sejak 3 April, lapor CNA. – BERNAMA-CNA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast