Pengasas Kedai Emas Perling, Nurul Aini Muslim memberi sumbangan beras kepada mereka yang memerlukan.

KUALA LUMPUR – Memahami keadaan rakyat terkesan dengan kos sara hidup tinggi hingga terdapat segelintir masyarakat yang terpaksa mengikat perut untuk membeli persiapan raya.

Berikutan igtu, Pengasas Kedai Emas Perling, Nurul Aini Muslim menginfak 1,000 kampit kepada golongan asnaf, warga emas dan rumah anak yatim pada bulan Ramadan ini.

Nurul Aini  berkata, sumbangan tersebut diberikan kerana beliau menyedari kenaikan harga barangan sehingga menyukarkan golongan kurang berkemampuan untuk membeli.

“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyokong komuniti tempatan, terutama mereka yang menghadapi cabaran ekonomi.

“Selain itu, usaha ini juga bagi berkongsi rezeki dan mencari keberkatan dalam perniagaan yang saya lakukan” katanya selepas Program Infaq Kedai Emas Perling Prihatin, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau juga berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan serta meringankan beban mereka yang memerlukan.

Pada masa sama, Nurul Aini yang juga bekas arkitek turut berkongsi kejayaan dan cabaran perniagaannya yang dimulakan dari bawah.

“Sebelum ini, perniagaan saya boleh dikatakan agak suram dan kurang menyerlah, daripada segi jualan pula menunjukkan penurunan.

“Jadi, saya mengambil inisiatif bersama kaki tangan untuk melakukan perubahan daripada segi strategi pemasaran dan jualan, Alhamdulillah usaha itu menunjukkan peningkatan sehingga hari ini” katanya.

Pengasas Kedai Emas Perling, Nurul Aini Muslim.

Dengan tagline ‘Mewah bergaya simbol anggun wanita sempurna’, Kedai Emas Perling yang dibuka pada 2016 kini memiliki dua cawangan di Taman Perling dan di Paradigm Mall, Johor Bharu.

Ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu juga berkongsi jatuh bangunnya sepanjang mejadi usahawan sebelum mencapai kejayaan seperti sekarang.

“Saya mengambil keputusan dan risiko menjual rumah untuk mendapatkan modal perniagaan, sebelum ini perniagaan kek dan jubah yang diusahakan pernah kecundang.

“Saya menjadikan dugaan itu sebagai motivasi untuk terus bangkit” jelasnya.

Antara promosi menarik yang ditawarkan ialah diskaun sebanyak RM5 bagi setiap gram emas yang dibeli.

Keai Emas Perling turut menawarkan lebih 1,500 pilihan cincin dan lebih 800 jenis pilihan rekaan rantai tangan, bar emas dan dinar emas. – MalaysiaGazette