KUANTAN – Lebih 180 hektar hutan di Pahang terbakar sepanjang cuaca panas.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang (JBPM), cuaca panas dan berangin pada bulan puasa merupakan cabaran kepada anggota bomba yang bertungkus lumus mengawal kemerebakan api di tengah hutan.
“Jabatan sering dipersoal orang ramai tentang keberadaan dan kefungsiannya ketika kejadian-kejadian seumpama ini berlaku seperti tiada kawalan dan pengakhiran.
“Namun, ianya bukanlah satu bebanan yang diambil pusing oleh pasukan memandangkan mereka tahu perasaan segelintir masyarakat yang risau dan cakna tentang keadaan sekeliling dan situasi semasa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurutnya, balai-balai Bomba telah menghadiri hampir 800 panggilan kecemasan berkait kebakaran hutan di seluruh negeri.
Tambahnya, daerah Kuantan mencatatkan angka panggilan tertinggi menghampiri 150 panggilan kes sejak musim kemarau tahun ini, tidak termasuk kes-kes kebakaran struktur dan panggilan kejadian menyelamat yang lain. – MalaysiaGazette