Aliran trafik dari Lebuhraya Karak dilihat mulai sesak susulan hari raya Aidilfitri.

KUALA LUMPUR – Sebagai persediaan menghadapi pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya yang dijangka menyebabkan kesesakan lalu lintas, lorong Smart Lane diaktifkan pada musim perayaan ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, apa yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama syarikat konsesi lebuh raya Plus Malaysia Bhd (PLUS) adalah sebagai usaha melancarkan aliran trafik di laluan Smart Lane.

Sehubungan dengan itu, laluan Smart Lane di Lebuhraya Utara-Selatan di 18 lokasi strategik ditambah baik selain menambah baik papan tanda pemberitahuan dan peringatan dari segi reka bentuk dan kuantiti.

“Papan tanda elektronik pemberitahuan pengaktifan Smart Lane turut ditambah dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda sebagai indikasi laluan Smart Lane sedang diaktifkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Laluan Smart Lane diperkenalkan untuk menambah kapasiti lorong di laluan yang dikenal pasti, membantu menyuraikan kesesakan pada waktu puncak dan meningkatkan kelancaran perjalanan sepanjang lebuh raya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast