KUALA LUMPUR – Terdapat 23 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) direkodkan pada jam 4.30 petang tadi.
Kawasan-kawasan tersebut ialan Perlis, (Kota Setar, Pendang, Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling) Kedah, (Seberang Perai Utara) Pulau Pinang, (Kuala Kangsar dan Hulu Perak) Perak.
Selain itu, Kuantan, Pekan, Maran,Temerloh, Bentong, Raub dan Jerantut, Pahang; Kelantan pula di Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Mas serta Besut Terengganu.
Di Sarawak pula di Mukah.
Tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian antara 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – MalaysiaGazette