Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang terjejas akibat jerebu.

KUALA LUMPUR – Tiga lokasi di kawasan Lembah Klang mencatat bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat hari ini.

Lokasi itu ialah di daerah Klang, Banting dan Cheras sejak semalam sehingga pagi ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan merekodkan di Banting merekodkan 159, manakala Cheras 155 dan Klang 153.

Data juga menunjukkan sejumlah 45 kawasan berada di bawah paras kualiti udara sederhana iaitu bacaan antara 51 dan 100, manakala 20 kawasan berada di bawah paras baik iaitu dari 0 hingga 50.

Ini termasuklah kawasan Petaling Jaya, Johan Setia, Shah Alam, Seremban, Rompin, Pulau Pinang dan Alor Setar.

Untuk makluman, bacaan IPU antara 201 dan 300 adalah sangat tidak sihat manakala 300 dan ke atas adalah berbahaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast