Penolong Pemelihara Hutan, Siti Zurina Zakaria, 42 bersama Noor Azlina Azizdin, 42 melakukan penyelidikan tumbuh tumbuhan ketika yang terdapat di hutan simpan kekal di Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC), Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 22 MAC 2024.

PUCHONG – Minat yang mendalam menjadi pendorong dua wanita untuk menceburi bidang renjer atau penolong pemelihara hutan.

Siti Zurina Zakaria dan Noor Azlina Azizdin – masing-masing berusia 42 tahun – merupakan dua dari lima kakitangan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) mengakui minat mempelajari pelbagai ilmu kehidupan dan selok-belok hutan dan tumbuhan.

Penolong Pemelihara Hutan, Noor Azlina Azizdin bersama Siti Zurina Zakaria melakukan penyelidikan tumbuh tumbuhan ketika yang terdapat di hutan simpan kekal di Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC), Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 22 MAC 2024.

Pemegang Sijil Perhutanan Renjer, Siti Zurina berkata, dirinya amat meminati bidang perhutanan dan nekad untuk terjun ke bidang yang dikuasai oleh kaum Adam itu.

“Dari kecil minat hutan dan berasal dari kampung, sentiasa masuk hutan, redah sana sini, belajar pun bawah Jabatan Perhutanan.

“Tugas saya lebih kepada penyelidikan dan juga taman ubatan hutan, saya sentiasa membawa masuk pelajar, pelawat dan penyelidik masuk ke dalam hutan untuk membantu kajian yang ingin dibuat oleh mereka.

“Contohnya untuk kajian pokok, saya akan bantu dalam mencari pokok berkenaan dan kami akan menjalankan aktiviti dalam hutan,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Bagi Noor Azlina, tugas utama seorang renjer hutan adalah menjaga dan memelihara kawasan observasi hutan simpan di UPM memang digemarinya.

Penolong Pemelihara Hutan, Siti Zurina Zakaria bersama Noor Azlina Azizdin melakukan penyelidikan tumbuh tumbuhan ketika yang terdapat di hutan simpan kekal di Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC), Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 22 MAC 2024.

Bercerita lanjut, Noor Azlina berkata, ketika aktiviti rondaan di hutan, mereka sering terserempak dengan pendaki-pendaki yang bertindak menceroboh hutan simpan SISFEC.

“Kami sering berjumpa dengan pendaki yang menceroboh kawasan dan memang selalu terjadi, mereka akan cakap sudah untuk mendapat ekosistem hutan di Selangor tapi mereka tidak tahu hutan ini hutan penyelidikan dan pengembangan penyelidikan,” kata Noor Azlina.

Penolong Pemelihara Hutan, Noor Azlina Azizdin bersama Siti Zurina Zakaria menujuk ke kawasan penyelidikan tumbuh tumbuhan ketika yang terdapat di hutan simpan kekal di Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC), Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 22 MAC 2024.

Sudah lebih 16 tahun bertugas sebagai renjer hutan di bawah Sultan Idris Shah Forestry Education Centre (SISFEC), Siti Zurina mengakui pelbagai jenis cabaran sudah ditempuhi bersama Noor Azlina yang kini menjadi pengalaman yang sukar diperoleh.

“Pengalaman yang selalu kami hadapi sebagai renjer hutan adalah terserempak binatang berbisa. Pernah satu ketika masa bawa masuk penyelidik luar negara, dalam saya mencari cendawan untuk penyelidikan dan ada nampak di jerumun kayu, ular sudah melintas.

“Cabaran kami lebih kepada binatang berbisa jadi kita kena jaga percakapan, jaga sikap kita dan kita tidak boleh rasa riak dan tahu segalanya, kita kena sentiasa hormat,” kata Siti Zurina. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Penceroboh Hutan Simpan Ayer Hitam ganggu penyelidikan kami – SISFEC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast