Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Foto FAREEZ FADZIL, 14 MAC 2024.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilakukan terhadap dakwaan bahawa berbilion ringgit wang royalti untuk Kelantan dan Terengganu dimasukkan ke dalam akaun PKR.

Beliau yang menafikan perkata itu berkata, tidak pernah ada jumlah seperti yang dituduh itu masuk ke dalam akaun PKR.

“Ada individu muat naik posting palsu dan fitnah yang amat jijik, katanya yang juga Ketua Penerangan PKR menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Dakwaan itu dibuat oleh individu bernama Sabrizan Salleh yang dimuat naik melalui Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) semalam berbunyi: “Patutlah negeri Kleantan dan Terengganu tak dapat royalti rupanya pmx anwar Ibrahim ambil duit royalti ni masuk ke acc parti PKR.. Berbilion-bilion ringgit,”.

Menurut Fahmi, PKR menerbitkan akaun setiap kali kongres diadakan dan akaun tersebut diaudit juruaudit bertauliah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast