Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP S. Vijaya Rao.

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta Perodua Myvi yang menyebabkan kemalangan jalan raya ekoran tindakannya melanggar lampu merah di Meru kelmarin telah dikenakan tindakan saman.

Ketua Polis Daerah Kang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati kereta Myvi warna putih yang dipandu oleh individu terbabit telah mengelak daripada melanggar kenderaan lain di sebelah kiri dari arah bertentangan yang sedang membelok ke kanan.

Akibatnya pemandu Myvi terbabit telah hilang kawalan dan masuk ke simpang sebelah kiri dan melanggar sebuah kenderaan yang berhenti di persimpangan jalan.

“Kedua-dua pemandu terbabit telah hadir memLanggabuat laporan polis pada hari sama selepas kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Vijaya, kertas siasatan telah dibuka dan disiasat (kes) di bawah seksyen Kaedah 10 LN166/59,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, pemandu Perodua Myvi turut disaman di bawah Kaedah 17 LN167/59 kerana melanggar lampu isyarat merah.

Terdahulu, sebuah laman sosial memaparkan sebuah video berdurasi satu minit 10 saat berkenaan kajedian tersebut.

Polis tuurt mengesahkan kejadian itu berlaku di dalam daerah Klang Utara.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya.

Beliau turut menggesa saksi kejadian supaya menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Elmyra Suriaty Abdul Latif di talian 013-334 4141. – MalaysiaGazette