Anggota bomba memadam kebakaran dari Bilik Alat Telekomunikasi Stesen MRT Taman Mutiara.

 

KUALA LUMPUR – Stesen MRT Taman Mutiara yang ditutup buat sementara mulai jam 5 petang tadi kembali beroperasi mulai 6 pagi esok.

Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan MRT di stesen berkenaan seperti biasa.

Namun skrin paparan maklumat ketibaan tren tidak berfungsi buat sementara waktu.

Jadual perkhidmatan MRT Laluan Kajang beroperasi seperti biasa dengan kekerapan pada waktu puncak dan petang adalah 5 minit dan 10 minit di luar waktu puncak.

Petang tadi, Rapid Rail memaklumkan Stesen MRT Taman Mutiara telah ditutup buat sementara atas faktor keselamatan akibat asap yang tebal yang dipercayai datang daripada Bilik Alat Telekomunikasi stesen berkenaan.

Ekoran kejadian yang dikesan pada jam 4.43 petang tadi, pihak bomba telah dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 4.58 petang.

Pihak pusat kawalan operasi telah mengambil keputusan untuk menutup stesen berkenaan setelah mendapat arahan daripada pihak bomba, dan semua tren tidak berhenti di stesen tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast