Bangunan Bursa Malaysia di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pelabur asing melanjutkan trend jualan bagi minggu ketujuh berturut-turut sebanyak RM373.5 juta minggu lalu.

Minggu lalu adalah minggu dagangan pendek susulan cuti umum Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada hari Rabu dan Khamis.

MIDF Research berkata, jumlah jualan pelabur asing itu meningkat 11% berbanding jualan bersih pada minggu sebelumnya.

Pada minggu lalu, pelabur asing membeli saham hartanah sejumlah RM75.3 juta, pengangkutan dan logistik (RM26.8 juta) dan pembinaan (RM16.5 juta).

Sektor yang menyaksikan jualan oleh pelabur asing ialah perkhidmatan kewangan (RM285.9 juta), utiliti (RM85.4juta) dan pembinaan (RM52.7 juta).

Firma penyelidikan ini menambah, pelabur institusi meneruskan trend belian ekuiti domestik bagi tempoh tujuh minggu berturut-turut dengan belian sebanyak RM430.7 juta.

Manakala pelabur runcit pula masih menjadi penjual bersih bagi minggu kelima berturut-turut dengan jualan sebanyak RM57.1 juta.

Pelabur runcit menamatkan jualan bersih 22 hari berturut-turut dengan membuat pembelian RM9.5 juta pada hari Selasa tetapi terlibat dalam jualan bersih sepanjang baki hari dagangan minggu lepas.

Dari segi penyertaan, purata volum dagangan harian (ADTV) menyaksikan penurunan dalam kalangan peruncit tempatan (-3.1%) dan institusi tempatan (-15.2%), sambil mengalami peningkatan dalam kalangan pelabur asing (+3.1%). – MalaysiaGazette