KOTA KINABALU â Pewartaan Hari Sabah serentak dengan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu membuktikan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim komited untuk menunaikan janji seperti mana termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor antara pemimpin yang sangat berbangga dengan pengiktirafan itu selaras dengan pembentukan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.
âSaya berasa bangga kerana dapat mewartakan Hari Sabah kerana tarikh itu bersejarah, sepatutnya penubuhan Malaysia itu pada 31 Ogos tetapi kerana masalah teknikal, ia ditangguhkan selama 16 hari.
âMaknanya Sabah telah diberi ruang memerintah sendiri pada 31 Ogos 1963 dan saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri niat kita untuk memperingati Hari Sabah dan beliau tiada masalah dan bersetuju (warta).
âKemudian Hari Sabah diwartakan pada 31 Ogos namun Hari Malaysia adalah detik yang paling bersejarah buat Sabah dan Sarawak,â katanya dalam temu bual eksklusif bersama MalaysiaGazette di pejabatnya di Menara Kinabalu baru-baru ini.

Sebelum ini, media melaporkan Hajiji menyifatkan sambutan Hari Sabah adalah bukti semangat kebangsaan rakyat di negeri itu untuk mendapat kebebasan daripada penjajah sekaligus tidak mengiktiraf sebarang tuntutan luar ke atas negeri ini.
Ketua Menteri itu berkata, kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia tidak boleh dipersoalkan kerana rakyat negeri itu memilih untuk bersama-sama dalam pembentukan Malaysia.
Selain itu, Hajiji memberitahu MalaysiaGazette, pewartaan Hari Sabah membuktikan kuasa Kerajaan Persekutuan kini sudah diturunkan ke negeri itu dan beliau yakin banyak janji lain yang akan ditunaikan Perdana Menteri selepas ini.
âPerjanjian ini (MA63) mesti ditunaikan, kita bukan meminta hak orang lain, apabila kita menubuhkan Kerajaan Malaysia, kita faham juga kekangan tertentu, jadi kepentingan negara kita utamakan juga.
âSaya yakin di masa akan datang, banyak perjanjian ini boleh ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan,â katanya.
Sementara itu, sejarah politik Hajiji dengan Anwar bukan perkara baharu malah beliau yakin jika Perdana Menteri diberikan peluang mentadbir negara, bukan sahaja kestabilan dapat diwujudkan bahkan banyak lagi hak Sabah mampu ditunaikan.
âSetakat ini cukup baiklah (hubungan GRS-PH), kalau boleh mengimbas kembali sejarah, waktu Datuk Seri Anwar menjadi Timbalan Presiden UMNO, waktu itu saya sudah jadi ketua bahagian pada 1994.
âBeliau tahu kerana saya antara ketua bahagian awal dahulu, dari situ, sebab itu kita perlu sokong beliau, bukan sahaja kita terima nasihat Yang di-Pertuan Agong tetapi untuk mewujudkan kestabilan politik di negara kita,â katanya.
Katanya lagi, tanpa kestabilan politik, Kerajaan Persekutuan tidak mampu untuk memakmurkan negara dan negeri-negeri di bawahnya, termasuk menunaikan janji MA63.
âKita mesti ada kestabilan politik, bagi beliau peluang untuk memimpin negara, sekarang saya cukup gembira nilai ringgit kita sudah begitu kuat berbanding dolar Amerika Syarikat.
âIni satu pencapaian yang baik, saya difahamkan beratus-ratus bilion ringgit pelaburan masuk ke Malaysia, jadi kita sokong Perdana Menteri untuk mewujudkan satu kestabilan politik.
âKalau politik kita stabil, kita rasa aman dan damai untuk mencari rezeki serta membangunkan negara kita,â katanya lagi. – MalaysiaGazette
















