Isham Jalil.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO mempersoalkan siapa yang menipu Datuk Seri Najib Razak berhubung titah adendum yang membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Isham Jalil berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid memberitahu bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz memaklumkan padanya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ada beri surat tahanan di rumah untuk Najib.

“Zahid kata Wan Rosdy pun nampak surat ini.

“Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution kata dia tidak tahu menahu pun berkenaan surat itu.

“Oleh itu siapa yang menipu Najib ini? Zahid menipu, Zafrul menipu atau Saifuddin Nasition menipu?,” soal Isham.

Tegasnya, berdasarkan kenyataan Ahmad Zahid dan jika apa yang Zahid dan Tengku Zafrul cakap itu betul, ia memberi gambaran Saifuddin dan kerajaan yang menipu dan menyorokkan surat tahanan Najib di rumah.

Tengku Zafrul akan mohon kebenaran betulkan kesilapan fakta afidavit Zahid

 

“Zahid, kenapa selepas dua bulan lebih baru kamu buat kenyataan berkenaan hal ini?

“Sepatutnya dua bulan lepas kamu sudah buat kenyataan ini jika kamu benar-benar mahu bantu Najib. Kini sudah terciduk baru mengaku?

“Dan Saifuddin, sila komen jika Zahid dan Zafrul menipu atau kamu yang menipu,” katanya.

Mengulas kenyataan kenyataan Tengku Zafrul untuk memperbetulkan kesilapan fakta afidavit, Isham dalam kenyataan berasingan bertanya: “Zafrul ingin cakap apa dalam afidavit dia dan apa fakta yang dia ingin betulkan? Adakah dia ingin betulkan apa yang Zahid kata dan afidavit Zahid itu tidak tepat i.e. Zahid menipu?

“Banyak betul tipu menipu dalam geng Ubi dan geng Semangat 47 ini..,” tambahnya.

Dakwa Isham, dalam isu ini yang bijak Najib kerana beliau bawa perkara ini ke mahkamah supaya boleh lihat siapa “kawan” yang bermain wayang dan menipunya. – MalaysiaGazette

Zahid ‘saksi kritikal’ sokong Najib dalam titah tambahan YDPA

2 Komen

  1. 1MDB tragedi malang dan kehinaan utk rakyat Malaysia…terutama Melayu yg ‘ditipu’ oleh Jho Low – seorang warganegara dan bukan Melayu.

  2. Apalah ko komen ni Hisham mcm budak tak sekolah. Zahid dan Zafrul bukannya menteri yg bertanggungjawab dlm kes ni. Bukan boleh buat kenyataan secara terbuka melibatkan DYMM Agong. Ni urusan rasmi. Jadi bila perkara ni dibawa ke mahkamah baharu lah DS Zahid boleh bagi pengakuan melalui afidavit. Bukan kenyataan melalui FB! Ni urusan rasmi bukan sembang Mak Cik Kiah! DS Saifudin pun tak boleh nak buat statment terbuka sebab tu dokumen Lembaga Pengampunan. Dia bukan ahli Lembaga Pengampunan. Kalau dia tahu pun dia tak boleh buat statement bagi pihak Lembaga Pengampunan. Menteri yg jd ahli Lembaga Pengampunan ialah Dr Zaliha Mustafa, Menteri WP. Tu pun Dr. Zaliha tak boleh buat kenyataan terbuka. Kena tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan. Kalau yer pun ko berdendam, tak payah lah tunjuk bingai kau tu

Comments are closed.