Tun Mohammed Hanif Omar

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia awal pagi tadi di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada usia 85 tahun.

Pemergian Allahyarham ke rahmatullah itu disahkan anaknya, Abdul Rahmat Omar Mohamed Haniff.

“Dengan perasaan amat dukacita.

”Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

”Saya, Abdul Rahmat Omar bin Mohamed Haniff, ingin memaklumkan pemergian pulang ke Rahmatullah Ayahanda kami yang dikasihi, Tun Haji Mohammed Hanif bin Omar sekitar jam 2.15 pagi tadi, Sabtu 20 April 2024,” katanya dalam kenyataan.

Allahyarham dilahirkan pada 16 Januari 1939 di Teluk Intan, Perak dan dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang keempat pada 8 Jun 1974.

Mohammed Hanif merupakan Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat iaitu sehingga 1994.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette