KUALA LUMPUR – MCA mendesak Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil langkah memperkasa tahap kawalan keselamatan mengelak insiden tembakan yang berlaku di Terminal 1 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Pemudanya, Ling Tian Soon berkata, pihaknya juga menyatakan kerisauan mengenai kemerosotan KLIA dalam ranking dunia.
“Kami mendesak Kementerian Pengangkutan untuk mengambil langkah sewajarnya khususnya untuk memperkasa tahap kawalan keselamatan mengelak insiden tembakan yang berlaku 14 April lalu di Terminal 1 KLIA,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Tian Soon, langkah itu penting memandangkan tahun 2026 merupakan Tahun Melawat Malaysia dan kualiti lapangan terbang akan mempengaruhi persepsi pelancong terhadap negara.
“Sebarang silap langkah akan membawa kesan terhadap segala usaha kerajaan dalam menarik pelancong asing untuk melawat Malaysia,” ujarnya.-MalaysiaGazette