Lima kelas SK Laka Selatan di Changlun musnah dalam kebakaran petang semalam - Foto Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima buah kelas di Sekolah Kebangsaan Laka Selatan, Changlun Kedah hangus terbakar petang semalam.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.09 petang.

“Kebakaran yang berlaku melibatkan lima buah kelas di tingkat tiga sekolah itu dan telah merebak ke bahagian bumbung. Dianggarkan kemusnahan akibat kebakaran itu adalah kira-kira 70 peratus,” katanya.

Menurut beliau, seramai 18 orang anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kayu Hitam telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.40 petang dan tiada mangsa yang terlibat dalam insiden itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast