PUTRAJAYA – Permohonan akredetasi program pendidikan tinggi kini boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya menerusi Electronic MQA Accreditation System (e-MAS).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, sistem yang dibangunkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) itu merupakan platform bersepadu yang memberikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada pihak berkepentingan dalam pendidikan tinggi negara.

“Tahniah MQA, inilah yang sedang pihak kerajaan buat untuk memastikan iaitu supaya proses pendigitalan berlaku,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Jelasnya, sistem baharu itu menggabung dan mengintergrasikan kesemua modul pengurusan berkaitan akreditasi dan boleh diakses 24 jam.

“Proses akreditasi program dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, teratur dan secara real-time (masa sebenar),” katanya lagi.

Menurut Mustapha, sistem tersebut akan dimulakan secara rintis di 10 institusi pendidikan tinggi (IPT) rakan e-MAS bermula hari ini.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung pelanjutan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara MQA denvan Badan Akreditasi Nasional Pengurusan Tinggi (BAN-PT), Indonesia.

Ujarnya, MoU itu merupakan lanjutan yang pernah dilaksanakan sebelum ini, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan sedia ada selain meningkatkan kerjasama berfokus di antara kedua-dua pihak.

“Dari segi pembangunan kapasiti, MoU ini bakal membuka peluang kepada pegawai dari kedua-dua agensi bagi mengikuti program pertukaran staf di agensi masing-masing dan seterusnya mengukuhkan merjasama dalam jaminan kualiti dan akreditasi pada masa akan datang,” tambahnya.-MalaysiaGazetts