Khairil Anuar Mohammad Anuar

KUALA LUMPUR – Co opbank Pertama (CBP) mencatatkan keuntungan sebanyak RM30 juta pada tiga bulan pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, CBP merekodkan prestasi memberangsangkan pada suku tahun pertama 2024 dengan mengumpulkan jumlah aset yang mencecah hampir RM11.5 bilion.

Menurutnya, pada masa yang sama, nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) masih di bawah paras industri iaitu 1.6 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

“Saya harap kadar ini akan terus berkekalan hingga akhir tahun,” katanya.

Beliau menambah, antara faktor yang memastikan kejayaan ini ialah disebabkan penggunaan perbankan digital iaitu aplikasi HeloCBP yang dilancarkan baru-baru ini yang mendorong kepada kecekapan perkhidmatan CBP.

“Kaedah HeloCBP ini ternyata amat memudahkan pelanggan melakukan urus niaga perbankan atas talian tanpa perlu ke kaunter,” jelasnya.

Sehubungan itu, CBP juga merancang untuk melancarkan produk-produk baharu seperti Ar Rahnu Flexi, perniagaan kiriman wang dan perkhidmatan sewa beli, di samping pembiayaan peribadi kepada segmen-segmen baharu seperti kakitangan swasta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast