KUANTAN – Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang.
Mahkamah juga memutuskan menolak semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberi pajakan dan hak penggunaan tanah kebun tersebut kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP.
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun membuat keputusan itu dalam prosiding dengan hanya pihak tertentu termasuk pengamal media dalam mahkamah.
Mahkamah mengarahkan plantif membayar kos sebanyak RM600,000 kepada enam-enam responden dalam prosiding berjalan selama sejam setengah itu.
Berita lanjut menyusul.- MalaysiaGazette
Pekebun Musang King dinasihat pertimbang semula tindakan mahkamah – MB