Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat ringan jenis Diamond DA-42 telah melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang (LTSAAS) hari ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkannya dalam satu kenyataan berkata, pesawat nombor pendaftaran N566CB itu dikendalikan oleh Techstrait Ltd.

Pesawat tersebut berlepas pukul 8.26 pagi dari LTSAAS dan pihak Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah menerima panggilan kecemasan sejurus selepas pesawat berlepas.

Pesawat kemudiannya membuat pendaratan kecemasan pukul 8.28 pagi dan dua juruterbang di dalam pesawat dilaporkan selamat.

Landasan lapangan terbang ditutup sementara daripada operasi penerbangan sehingga pesawat tersebut dialihkan dari landasan.

Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasata Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peratutan Penerbangan Awam 2016. – MalaysiaGazette