Habibi Majinji bersama pegawai kanan polis menunjukkan barang rampasan geng ragut samun yang turut aktif curi motosikal di lima negeri ditumpaskan pada 28 Mac dan 29 April lalu pada sidang media di IPKKL hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai tiga wanita antara lapan suspek yang di kawasan tumpuanĀ  pelancongan di empat negeri akhirnya tewas di tangan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dua daripada tiga wanita yang dicekup itu merupakan teman wanita kepada salah seorang suspek kumpulan ragut dan samun berkenaan.

Katanya, pihaknya telah membuat serbuan di rumah tumpangan yang terletak di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 28 Mac lalu.

“Dalam serbuan pertama itu pasukan telah berjaya membuat tangkapan ke atas dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam jenayah tersebut sebelum merampas motosikal dan pakaian yang digunakan mereka semasa melakukan jenayah.

“Seterusnya hasil soal siasat dan berpandukan maklumat tangkapan pertama itu, pasukan serbuan seterusnya menggempur satu lagi lokasi di ibu negara pada 29 April lalu sebelum membuat tangkapan ke atas tiga lagi lelaki dan dua wanita.

“Kelima-lima lelaki dan wanita warga tempatan itu adalah berusia lingkungan 30-an dan didapati aktif terlibat dalam 40 kes ragut dan samun serta lima kes mencuri motosikal di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sejak awal tahun ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Habibi Majinji bersama pegawai kanan menunjukkan barang rampasan geng ragut samun yang turut aktif curi motosikal di lima negeri ditumpaskan pada 28 Mac dan 29 April lalu dalam sidang media di IPKKL hari ini.

Tambah Habibi, siasatan lanjut mendapati salah satu wanita itu adalah pembeli barang emas hasil ragut itu dari sebuah kedai emas manakala dua lagi suspek yang ditahan adalah teman wanita kepada salah seorang suspek geng samun tersebut.

Siasatan polis mendedahkan mereka telah terlibat dalam 21 kes ragut dan samun di ibu negara dan ujian saringan air kencing mengesahkan tiga suspek lelaki dan dua suspek wanita positif dadah.

“Modus operandi yang digunakan kumpulan berkenaan adalah mereka menyasarkan orang awam, pejalan kaki dan juga kebanyakannya pelancong asing antaranya barang kemas, mata wang di kawasan tumpuan utama antaranya KLCC dan Jalan Ampang untuk ragut dan samun.

“Mereka agresif dan ada mencederakan mangsa semasa ragut dan samun menggunkan senjata pisau dan kemudian menjual barang kemas itu kepada kenalan mereka termasuk di kedai emas,” katanya.

Kesemua suspek direman sehingga esok iaitu 3 Mei ini dan akan diheret ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan di Bawah Seksyen 397A Kanun Keseksaan dan 392 Kanun Keseksaan bagi 18 kes ragut dan samun yang dilakukan di ibu negara.

“Manakala, suspek wanita yang merupakan pembeli emas curi itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan dalam kes ini di mahkamah,” ujarnya.

Ditanya mengenai rekod jenayah kesemua suspek itu, Habibi menambah kesemua lima suspek lelaki itu mempunyai rekod lampau dan dadah di mana salah seorangnya baru sahaja keluar penjara pada Disember lalu selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Justeru polis juga mendapati tiga suspek lelaki merupakan dalang utama merancang dan menggerakkan kegiatan jenayah ragut itu terutama pada hujung minggu.

Manakala kita juga merampas 10 buah motosikal daripada mereka dan lima daripadanya mempunyai aduan dilaporkan hilang dan digunakan geng samun ini selain nombor plat kenderaan juga didapati palsu.

“Kumpulan samun ini turut mencuri motosikal dan mereka akan meleraikan badan serta komponen enjin motosikal itu sebelum menjualnya. Kebanyakan motosikal curi yang disasarkan adalah jenis Y150Z,” katanya. – MalaysiaGazette