KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkongsi pengalamannya menjelajah ke sekolah pedalaman sewaktu menjadi Timbalan Menteri Pendidikan dahulu.
Pendedahannya bersama gambar-gambar di media sosialnya itu sebagai menjawab kritikan penyokong Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Menurut Mohd. Puad, dia telah melawat hampir 168 buah sekolah di pedalaman khususnya pedalaman 3 (P3) ketika itu termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Saya melawat hampir 168 buah sekolah pedalaman khususnya pedalaman 3 (P3).
“Untuk ke sekolah pedalaman biasanya naik bot atau guna 4WD meredah jalan balak. Untuk ke SK Bekalalan saya naik 4WD selama 9 jam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Baru-baru ini, Mohd. Puad mencabar Fadhlina untuk bermalam di rumah panjang atau kawasan pendalaman bagi merasai sendiri kepayahan pelajar di sana mendapatkan pendidikan.
Bagaimanapun, PKR Johor melalui naib pengerusinya, Mohamad Taufiq Ismail membidas Mohd. Puad kerana seolah-olah menggambarkan Fadhlina tidak ambil peduli isu sekolah pedalaman.
Mengulas lanjut, Mohd. Puad menceritakan pengalamannya yang berjalan kaki lapan jam untuk melawat SK Saliliran Nabawan berhampiran sempadan Kalimantan Indonesia dan melawat hampir semua sekolah pulau termasuk Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulai Sibu, Pulau Banggi dan Pulau Shanghai.
“Hasil lawatan turun ke bawah itu membantu saya selesaikan banyak masalah. Contoh bina asrama desa baru di SK Saliliran dan SK Pensiangan. Membina rumah guru baru seperti di SK Tinanduk.
“Pelan Transformasi Pendidikan Sekolah Pedalaman telah dilancarkan di Paitan Beluran Sabah pada 16 April 2013. Ia patut ditambah baik dan diteruskan.
“Sudah tentu tidak semua masalah selesai. Saya bukan raja formula. Sebab itu menteri kena sambung dan turun sendiri ke bawah. Jangan banyak retorik,” katanya lagi.
Mohd. Puad turut menitipkan nasihat kepada menteri supaya tidak mudah melenting apabila dicabar dalam perkara kebaikan sebegini. – MalaysiaGazette
Tugas menteri bukan kena pergi setiap penjuru alam utk menangani masalah rakyat.
Setiap peringkat masyarakat dan pentadbiran ada peranan masing2 dan harus dipertanggung jawabkan supaya segala permasalahan dapat ditangani dengan baik dan sempurna.
Itu dinamakan Work Smart.
Jgn layan sgt dia ni.
betul tu..Mohd Puad tu lelaki so nak sama dengan Fadhlina .
Betul tu..kerja menteri hanya berucap dalam dewan..dan duduk dlm pejabat aircond jaa..kerja2 melawat sekolah pendalaman tu bukan tugas menteri..tu tugas masyarakat…lagi pun pejabat Menteri di Putrajaya…bukan di pendalaman..apatah lg di Sabah Sarawak
Mohd. Puad pun boleh dianggap Malas , apakah tindakan beliau masa jadi timbalan menteri pelajaran setelah melawat ?.Sepatutnya bila sudah melawat mesti buat sesuatu atau tindakan segera bagi membantu pendidik-pendik serta pelajar-pelajar di kawasan pendalaman supaya mereka tidak mengalami masalah untuk mendidik atau belajar.
Setakat tunjuk bukti turun padang tetapi tiada tindakan maka “hanya perabis beras saja”.Ia bukan sekarang tetapi sudah berlarutan apabila KPM bertukar ganti kepimpinan.
Kalau projek berkait pembangunan pendidikan tidak mencapai 100% kejayaan bermakna ada ketirisan yang perlu siasatan lengkap.
Tindakan cabar mencabar bukan satu cara berkesan membawa kebaikan kepada dunia pendidikan kerana ini hanya permainan politik yang tidak membawa kebaikan kepada pendidik/pelajar di kawasan pendalaman.
Sepatutnya semua perlu bertindak segara mengatasi bukan tunggu bila nak piliharaya baru pelbagai tindakan/respon.