Home Nasional Mayat tiga beranak lemas dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baharu

Mayat tiga beranak lemas dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baharu

KUALA KUBU BAHARU – Suasana hiba menyelubungi keluarga tiga mangsa yang mati lemas di Sungai Balak, Batang Kali, tengah hari tadi sebaik sahaja kesemua mangsa tiba di unit forensik Hospitak Kuala Kubu Baharu.

Mangsa yang lemas merupakan seorang bapa dan anak perempuan serta lelakinya, masing-masing berumur sembian dan enam tahun.

Ahli keluarga mangsa sudah sedia menanti di luar perkarangan unit forensik ketika van jenazah yang membawa mayat ketiga-tiga beranak itu tiba.

MalaysiaGazette difahamkan isteri mangsa berada di situ dengan ditemani ahli keluarga.

Kedua-dua calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao yang mewakili Pakatan Harapan dan Khairul Azhari Saut, calon Perikatan Nasional turut menziarahi isteri dan keluarga mangsa.

Sehingga berita ini ditulis, isteri dan ibu kepada tiga mangsa itu enggan ditemubual.

Dalam kejadian jam 1.09 petang itu, seorang bapa dan dua anaknya dilaporkan lemas di Sungai Balak berdekatan Jalan Genting Lama Batang Kali.

Kesemua mangsa yang dilaporkan lemas telah ditemui pada jarak 30 meter dari lokasi asal kejadian tersebut. – MalaysiaGazette