Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh beramah mesra bersama masyarakat orang asli dari suku kaum Temuan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu ketika di Kampung Buluh Telur, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 05 MAY 2024.

HULU SELANGOR – DAP menyerahkan kepada polis berhubung penahanan dua lelaki yang menaiki kenderaan yang memaparkan gambar Yang di-Pertuan Agong semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

yang memasang bendera Pakatan Harapan (PH) dan menampal gambar Yang di-Pertuan Agong semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Hannah Yeoh menasihatkan kepada semua pihak untuk mematuhi peraturan pilihan raya yang telah ditetapkan.

“Saya tidak ada maklumat mengenai kes ini. Jadi saya tidak mahu komen. Kalau polis telah menahan mereka, kita biarkan polis buat siasatan.

“Kita memang tertakluk kepada undang-undang untuk pilihan raya. Oleh itu saya nasihatkan kepada semua orang supaya berkempen secara sihat dan bersih untuk pastikan peluang menang dan dapat berkhidmat tanpa diganggu dengan petisyen selepas pilihan raya,” katanya kepada media.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim hari ini mengesahkan dua lelaki telah direman selama tiga hari selepas menerima laporan berhubung perkara itu petang semalam.

Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan dua suspek ditahan di sekitar kawasan Hulu Yam Bharu.

Pang Sock Tao bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh beramah mesra bersama masyarakat orang asli dari suku kaum Temuan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu ketika di Tapak Perkhemahan Rimbayu, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 05 MAY 2024.

Sementara itu Hannah sekali lagi mengingatkan pengundi terutama golongan muda untuk tidak terpengaruh dengan hasutan supaya memboikot PRK KKB yang akan berlangsung 11 Mei ini.

“Di mana-mana dunia hak untuk mengundi itu perlu diperjuangkan. Setelah lama diperjuangkan, belia 18 ada hak mengundu. Bila ada suara lain ajak boikot, jangan mengundi merupakan satu usaha yang tidak membina apa-apa.

“Ini ialah suara pasif dan negatif yang tidak buat apa-apa. Kalau nak buat apa-apa kena aktif, keluar mengundi. Sebab itu kalau mereka duduk di rumah, pasif, boikot mereka tidak akan menukar nasib. Jangan buang hak itu kerana telah lama diperjungkan di Parlimen untuk bagi orang muda hak mengundi.

“Saya percaya untuk orang muda, banyak suara yang saya dengar adalah hendak fasiliti sukan. Saya percaya wakil rakyat yang muda seperti (calon PH) Pang Sock Tao boleh bersama mereka perjuangkan semua yang mereka hendak,” jelas beliau.

Menteri Belia dan Sukan itu ditemui selepas menghadiri program santai anak muda dan masyarakat orang asli di Kampung Buluh Telur yang turut dihadiri jaguh bina badan negara Datuk Syarul Azman Mahen Abdullah.

Hannah juga berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memajukan aktiviti belia seperti sukan dan cara hidup sihat untuk masyarakat di kawasan tersebut.- MalaysiaGazette