Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan dalam International Conference on Contemporary Education In Islamic World (ICCEIW) di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Menghimpunkan kumpulan pemikir Islam dari 22 buah negara dalam Persidangan Antarabangsa Pendidikan Kontemporari Dalam Dunia Islam (ICCEIW) dilihat platform bagi menangani Islamophobia.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, medan persidangan sewajarnya menjadi pemangkin mezahirkan perpaduan dalam menepis persepsi berkaitan Islam serta berkaitan isu umat Islam sejagat.

”Saya menegaskan antara unsur yang boleh memberikan tekanan Islamophobia yang mana memberi persepsi yang cukup yang tidak benar dan menakut-nakutkan agama lain tentang Islam.

”Sebab itulah conference seperti ini kita perlu cari panduan cari wahyu supaya kita dapat bangkit dengan satu rumusan untuk kita boleh memperjuangkan apakah sebenar perwatakan corak Islam akan datang.

”Kita tidak harus menyokong mana-mana keganasan khususnya dari keganasan umat Islam itu sendiri. Bagi kenasaan yang berlaku di negara Palestin, ini kita tidak boleh sokong seratus-peratus,” titah baginda semasa majlis penutup ICCEW di sini hari ini.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Al-Sultan Abdullah bertitah, umat Islam harus bersuara dan menyuarakan pandangan dan prisipal soal membantah keganasan berlebih-lebihan serta bersatu mendepani cabaran isu agama di peringkat global.

Sebagai contoh, negara Iraq dan Sham (al-Dawlah al-Islamiyah fi al-Iraq wa-al-Sham) dengan singkatannya ISIL, ISIS atau dari singkatan Bahasa Arab sebagai Daish yang telah merosakan imej Islam di mana cara mereka membawa agama  secara kekerasan.

Justeru titah baginda umat Islam perlu bersatu hati supaya tidak berpecah belah dan memartabatkan usaha dakwah.

Walaupun mempunyai satu populasi rakyat Islam begitu kecil jika dibandingkan dengan negara-negara lain namun umat Islam tidak harus berada dalam persimpangan jalan yang boleh memecah-belahkan umatnya.

”Kita di Pahang alhamdulillah, kita berperanan sebagai bertanggungjawab hal ehwal agama saya membuat secara berhemah mendekatkan dengan ajaran-ajaran secara sukarela dan setia kepada Allah.

”Dalam suasana Islam tertekan dengan seluruh dunia kita harus mempunyai satu hasrat untuk merapatkan saf atau gandingan sebagai umat Islam walaupun kita negara Malaysia di Pahang.

”Di sini saya ingin menegaskan walaupun kita punya DNA setiap yang berada di berada Malaysia khususnya di Pahang mempunyai DNA lain bezanya dari mereka yang datang dari luar luar namun hasrat dan perjuangan mereka ini satu hasrat yang sama iaitu satu  hati, satu jiwa,  satu buah fikiran dan satu cara kita nak melaksanakan,” titahnya.

ICCEIW, titahnya, menjadi medan perkongsian usaha memperkasa Islam.

Persidangan yang julung kali berlangsung di Pahang disertai 300 peserta 49 pembentang bermula Ahad lalu itu membabitkan negara sepeti Libya, ⁠Tunisia, Brazil, Arab Saudi dan Mesir. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast