Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin semasa sesi temubual bersama MalaysiaGazette di Wisma FAM, kelana jaya, selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 07 MEI 2024.

PETALING JAYA – Insiden pemain Harimau Malaya, Muhammad Faisal Abdul Halim yang yang disimbah asid merupakan detik hitam dalam dunia bola sepak negara.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, insiden yang menimpa pemain itu adalah sangat mendukacitakan dan di luar jangkaan.

“Kita tak sangka benda ini terjadi, macam satu detik hitam dalam bola sepak negara sudah terjadi,” katanya pada sesi temubual bersama MalaysiaGazette di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Pada Ahad lalu, pemain sayap pasukan Selangor FC itu diserang oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disembah asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, di sini.

Berikutan itu, Hamidin menasihatkan para pemain supaya menjaga keselamatan ketika berada di luar khususnya di tempat tumpuan ramai.

Sementara itu, Hamidin meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung insiden yang menimpa Faisal dan mendoakan pemain itu cepat sembuh.

Beliau yang mengharapkan pelaku jenayah itu dibawa ke muka pengadilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast