Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

KUALA LUMPUR – Polis telah menangkap seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes simbah asid membabitkan  pemain Harimau Malaya Faisal Halim di sebuah pusat beli- belah terkemuka di Kota Damansara Petaling Jaya, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek kedua itu  berusia lewat 30-an.

“Individu itu telah ditahan polis di Bandar Baru Bangi pada lewat petang semalam,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Suspek akan direman pagi ini di Mahkamah Petaling Jaya.

Semalam, Hussein mengesahkan tangkapan suspek pertama lelaki berusia 20-an bagi membantu siasatan dalam kes tersebut.

Katanya, suspek itu ditahan di Pandan Indah, Ampang pada malam Ahad dan direman dua hari sejak semalam untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dikenakan denda atau sebatan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kenapa begitu berani sekali dan betapa tidak peri kemanusiaannya. Kesalahan apa yg dibuat selaku pemain bola sepak sehingga tergamak menghancurkan masa depan pemain dan pelaku sendiri. Adakah fikiran manusia sekali lagi telah berundur kezaman gorila yg belum berevolusi. Amat menyedihkan dan mendukacita.

Comments are closed.