Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki

PUTRAJAYA – Setakat ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, bagaimanapun pihaknya akan meneruskan siasatan ke atas Dr Mahathir.

“Itu tiada lagi, kita tiada lagi hasrat untuk tahan beliau. Siasatan masih terus dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau hari ke Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Mahathir antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.

Ekoran penyiasatan itu, kedua-dua anaknya juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Pada 18 Januari lepas, SPRM meminta kedua-dua anak Dr Mahathir, Mirzan dan Tan Sri Mohkzani mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Mokhzani pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast